Nyanyian Anggota Bomba Jadi Bualan Di Media Sosial

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 9:57 AM

Nyanyian Nursyafiq Farhain yang juga anak kepada penyanyi Saleem mendapat perhatian ramai.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Peribahasa 'ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' amat sesuai sekali untuk Nursyafiq Farhain, seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Satu klip video nyanyian Nursyafiq, yang merupakan anak kepada penyanyi rock Malaysia, Saleem, menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan ramai, terutama di kalangan wanita.

Pemuda berusia 23 tahun ini berkata beliau terkejut apabila video tersebut telah menjadikan dirinya 'selebriti segera' dan beliau mendapat ramai peminat di media sosial.

"Saya menerima mesej daripada ramai wanita mengajak saya keluar, mereka mahu mengenali saya dengan lebih rapat.

"Saya belum bersetuju atau memberikan sebarang jawapan kerana saya tidak kenal mereka," katanya, Isnin.

Nursyafiq yang juga ketua operasi di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau berkata beliau merakamkan nyanyian di mejanya sebagai cara untuk mengurangkan gemuruh.

Beliau mendakwa tidak pernah menyanyi di khalayak ramai sebelum ini, sehinggalah baru-baru ini beliau menyanyi di rumah atau ketika bersama rakan tempat kerja.

"Ayah saya kata membuat rakaman sendiri akan membantu saya mengurangkan gemuruh apabila menyanyi di khalayak ramai," kata Nursyafiq.

Nursyafiq berkata kali pertama beliau menyanyi di pentas adalah pada majlis makan malam gala jabatan, kira-kira tiga tahun lalu.

"Pegawai-pegawai kanan meminta mereka yang ada latar belakang muzik untuk buat persembahan.

"Jadi rakan-rakan minta saya menyanyi kerana mereka tahu saya boleh menyanyi dan mereka kenal ayah saya," kata Nursyafiq, yang telah menubuhkan kumpulan Fire Fingers JDT bersama anggota lain.

Saleem adalah penyanyi utama kumpulan rock Iklim yang popular pada era 1990-an.

Beliau terkenal dengan suara serak basah. Antara lagu yang popular adalah Suci Dalam Debu, Bukan Ku Tak Sudi dan Gerhana Cinta Luka.

Walaupun mendapat perhatian ramai, Nursyafiq tidak akan meninggalkan kerjaya sebagai seorang ahli bomba.

"Sejak kecil saya mahu menjadi seorang ahli bomba untuk menyelamatkan nyawa rakyat. Nyanyian hanyalah satu hobi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Saleem , Iklim , Nursyafiq Farhain

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan