Perak Mohon Kerajaan Persekutuan Percepat Pembinaan Terowong Ke Bukit Merah

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan negeri Perak berharap kerajaan persekutuan dapat mempercepatkan pembinaan terowong dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah kira-kira 85 kilometer dari sini untuk memastikan paras empangan sentiasa dalam keadaan normal. 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jika direalisasikan, terowong berkenaan dapat memastikan air di kawasan Bukit Merah sentiasa mencukupi untuk kegunaan penduduk dan penanaman padi di sekitar Kerian.

Katanya terowong khas itu juga penting untuk kegunaan perindustrian dikawasan sekitar Kamunting.

"Empangan Bukit Merah berada di bawah Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, maka saya harap pembinaannya dapat disegerakan bagi menyelesaikan masalah bekalan air," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Zambry menegaskan pengurusan air di Perak tidak pernah diuruskan oleh syarikat lain, sebaliknya dikendalikan sepenuhnya oleh LAP. 

"Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak ada kaitan dengan mana-mana syarikat air kerana sumber air Perak diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri melalui LAP,"katanya. 

Ditanya mengenai kes kecurian air, Zambry berkata perkara itu masih berlaku antara lain disebabkan Perak merupakan negeri yang besar selain mempunyai saluran air hingga mencecah ratusan kilometer berbanding negeri lain.  -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan