Polis Sahkan Wanita 'Berbogel' Dari Vietnam - Berita Semasa | mStar

Polis Sahkan Wanita 'Berbogel' Dari Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dilihat berjalan sambil berbogel di sekitar kedai-kedai di SS3 Jumaat lalu disahkan sebagai Fun Hau dari Vietnam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan oleh polis yang meronda di kawasan itu.

"Sebuah kereta peronda menemui seorang wanita berbogel  kira-kira jam 1.30 petang pada  Jumaat. Dia kemudiannya diambil dan dihantar ke Balai Polis Sungai Way, dan laporan dibuat.

"Selepas itu dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, klip video wanita berbogel yang berdurasi 45 saat tersebar di WhatsApp. 

Menurut beberapa orang yang berada di kawasan tersebut, wanita itu kelihatan tidak keruan dan bercakap dalam bahawa Mandarin.

Malah dia turut menolak pertolongan orang ramai sebelum kehadiran polis.

Tags / Kata Kunci: Wanita berbogel , SS3
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan