Malaysia Akan Terus Hantar Pelajar Ke Jepun, Korea - PM Najib

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dengan menghantar pelajar Malaysia menuntut di universiti di Jepun dan Korea, misalnya, telah membantu mereka memperoleh etika kerja Jepun.

"Ingin saya nyatakan kepada saudara bahawa langkah ini telah menyumbang kepada pencapaian kami dalam bidang pembangunan, tetapi ia bukan hanya terhad kepada menerima pakai dasar ekonomi sahaja, terdapat juga sebab lain yang membolehkan kami mencapai kejayaan seperti yang ada hari ini," katanya dalam wawancara eksklusif oleh Al Arabiya News Channel bersempena lawatan negara bersejarah oleh Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Bermula 1981, Malaysia telah menerima pakai dasar 'Pandang Ke Timur'. Dasar itu memberi tumpuan pada Korea dan Jepun dan menjadikan negara berkenaan sebagai contoh.

Dalam wawancara itu yang dikendalikan oleh Pengurus Besar Al Arabiya, Turki Aldakhil baru-baru ini, Najib ditanya tentang sejauh mana model Jepun telah membantu dalam kejayaan yang telah dicapai Malaysia?.

"Ya, pada peringkat awal, kami mendapat manfaat daripada pengalaman mereka dan kami menerima pakai suatu dasar yang mencerminkan pengalaman Jepun serta Korea kerana ia merupakan kisah kejayaan pada tahun 70-an dan 80-an dalam abad lepas.

"Kami percaya itulah pelan ekonomi yang patut kami contohi daripada mereka.

Kami mengambil pengajaran daripada dua eksperimen itu dan mengamalkan beberapa komponennya. Kami memberi fokus terhadap dasar ekonomi dan etika kerja daripada kedua-duanya," katanya.

Mengulas mengenai kepelbagaian etnik dan agama, perdana menteri berkata walaupun masyarakat Malaysia memiliki ciri-ciri kepelbagaian, tetapi mereka berjaya bekerjasama sebagai sebuah negara.

Beliau berkata walaupun berdepan banyak cabaran, Malaysia telah mencapai kejayaan besar kerana ia bergantung pada kekuatan setiap kumpulan etnik dan mengamalkan dasar bagi membina perpaduan negara.

"Semasa saya mengambil alih jawatan ini, saya melancarkan konsep '1Malaysia' untuk memberi penekanan terhadap beberapa nilai teras yang menganjurkan kesetiaan dan kerjasama.

"Semasa kami mula merdeka dulu, banyak pihak tidak yakin dengan kebolehan kami untuk berjaya sebagai sebuah negara tetapi kami membuktikan pendapat mereka itu adalah salah," katanya.

Najib berkata kepelbagaian mempunyai meritnya tetapi ia juga memberi cabaran dan cabaran paling besar ialah untuk mengelak berlakunya konflik antara kumpulan etnik yang berbeza.

"Dari segi itu, kami mencapai banyak kejayaan. Tetapi, paling penting, kami perlu terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara bersifat sinergistik.

"Inilah yang perlu kami usahakan serta sedar bahawa walaupun terdapat keamanan dan keharmonian yang kami nikmati hari ini, kami perlu terus berusaha untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib , Korea Selatan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan