Imigresen Sahkan Kang Chol Tinggalkan Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 8:32 PM

Kang Chol menyerahkan pas pelepasan untuk menaiki pesawat ke Beijing di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan Duta Korea Utara Ke Malaysia, Kang Chol telah meninggalkan negara ini pada petang Isnin.

Bercakap kepada mStar Online, beliau berkata, Kang Chol menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH360 ke Beijing sebelum transit untuk ke Pyongyang.

Menurut Mustafar, berdasarkan maklumat yang diterima, penerbangan yang dinaiki Kang Chong berlepas mengikut jadual pada pukul 6.25 petang.

"Sudah (tinggalkan Malaysia), confirm," katanya secara ringkas ketika dihubungi tanpa memberikan butiran terperinci.

Bagaimanapun Mustafar berkata, Kang Chol telah melalui kaunter imigresen dan urusan berkaitan turut membabitkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Terdahulu, Kang Chol yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata oleh kerajaan Malaysia keluar dari bangunan kedutaan di Jalan Batai, Kuala Lumpur pada pukul 3.56 petang.

Beliau yang memakai sut gelap dilihat menaiki kenderaan jenis Jaguar berwarna hitam, nombor pendaftaran kedutaan 28-01-DC, bersama seorang wanita dipercayai isterinya dan kanak-kanak perempuan.

Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara pada Sabtu lalu mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang hari yang sama.

Sementara itu, Kang Chol tiba di pintu masuk pelepasan hampir pukul 6 petang untuk meninggalkan negara ini dengan dikelilingi oleh beberapa pegawai polis.

Pegawai polis berpakaian seragam dan berpakaian biasa kedengaran menjerit 'no photo' dan cuba menghalang sekumpulan yang berada berdekatan daripada mengambil gambar duta itu.

Kedengaran seorang  penumpang yang berada di pintu pelepasan menjerit "keluar dari Malaysia" sebelum Kang Chol dan keluarganya menaiki pesawat Malaysia Airlines pada pukul 6.25 petang ke Beijing.

Kang Chol, isteri dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun itu kelihatan suram di tempat duduk kelas ekonomi.




Manakala anak kapal dalam pesawat itu juga dilihat menggantikan tempat duduk seorang penumpang yang terus menerus mengambil gambar duta dan keluarganya itu.

Pesawat akan mendarat di Beijing pada 12.20 pagi (waktu Malaysia), di mana beliau dijangka meneruskan penerbangan ke Pyongyang.

Dipercayai Kang Chol membayar hampir RM7,000 yuran bagasi berlebihan termasuk empat buah kotak besar, tiga bagasi dan sebuah kotak televisyen.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Jong-nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Tags / Kata Kunci: Kang Chol , Korea Utara , Imigresen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan