Sampel DNA Dapat Lengkapkan Kes Jong-nam - Dr Subra

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengesahan DNA yang betul dapat membantu menyelesaikan kontroversi dan dakwaan berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, kata Datuk Dr S.Subramaniam.

Korea Utara menolak penemuan pihak berkuasa Malaysia berhubung punca kematian warga negara itu, selain enggan mengenal pasti mangsa pembunuhan itu sebagai Jong-nam kerana individu itu menggunakan nama 'Kim Chol' seperti mana pada pasport diplomatiknya.

Menteri Kesihatan itu berkata, perkara lebih utama adalah untuk mengenal pasti mayat mangsa bunuh itu.

"Mayat itu siapa sebenarnya? Kita perlukan sampel DNA untuk mengenal pastinya.

"Punca kematian bukan isunya, ketika ini yang penting adalah untuk mengenal pasti mangsa, jadi DNA adalah yang terbaik.

"Jika diteliti kes ini secara menyeluruh, pihak polis juga sependapat dengan DNA dapat mengesahkan identiti mayat itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Setakat ini, sebarang sampel DNA termasuk maklumat rekod pergigian dan perubatan Jong-nam juga belum diperoleh untuk mengesahkan identitinya.

Jong-nam dibunuh dua wanita menggunakan agen saraf VX ketika menunggu pesawat ke Macau di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Pada 1 Mac lalu, warga Vietnam, Doan Thi Huong dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah telah didakwa kerana membunuh.




Tags / Kata Kunci: DNA , Korea Utara , Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan