Corak Tatu Tidak Boleh Jadi Bukti Identiti Kim Chol - KPN - Berita Semasa | mStar

Corak Tatu Tidak Boleh Jadi Bukti Identiti Kim Chol - KPN

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Corak atau tanda kekal pada tubuh seperti lukisan tatu tidak boleh digunakan sebagai bukti pengesahan identiti dalam siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol pada 13 Februari lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini.

"Tidak boleh", itu jawapan ringkasnya apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mencadangkan bahawa identiti Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, boleh dikenal pasti melalui lukisan tatu pada badannya.

Khalid yang dihubungi Bernama melalui WhatsApp pada Isnin bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sebarang tanda kekal atau tatu yang dikesan pada mayat Kim Chol. 

Menurut laporan akhbar itu, dipercayai di perut Jong-nam terdapat corak tatu yang memaparkan imej seorang lelaki bersama dua ekor ikan kap Jepun selain satu lagi corak tatu di lengan kirinya, berdasarkan gambar Jong-nam yang dirakam pada tahun 2013 di sebuah hotel di Singapura. 

Kim Chol dengan pasport bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970 dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Februari lepas. 

Pada 13 Februari lalu, dilaporkan Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di  klia2 apabila dua wanita secara tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tatu , Jong-nam , Khalid Abu Bakar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan