Yang di-Pertuan Agong Rasmi Pembukaan Sidang Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 11:51 AM

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen yang ke-13 di Bangunan Parlimen, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13, Isnin.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 10.30 pagi di dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti sembah 'Hormat Diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Ia diikuti dengan tembakan meriam 21 das serentak dengan lagu kebangsaan 'Negaraku' dimainkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 April hingga 27 April. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Agong , Parlimen , Sultan Muhammad V

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan