Korea Utara Perlu Belajar Hormat Negara Lain - TPM

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan Korea Utara agar belajar menghormati negara lain serta mengambil kira kepentingan warga antarabangsa dalam penyelesaian isu kematian Kim Jong-nam.

Katanya Korea Utara tidak boleh melihat kes kematian Kim Jong-nam sebagai isu dalaman negara berkenaan semata-mata kerana ia turut membabitkan warga antarabangsa dan hubungan pelbagai negara.

"Korea Utara perlu menghormati hubungan diplomatik antarabangsa. Bagi mereka, ia (kes kematian Kim Jong-nam) bukan berkaitan isu antarabangsa tapi sebagai isu mereka. Saya fikir Korea Utara perlu belajar menghormati negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup di Bangunan UMNO Sabah, di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, pada Sabtu.

Menurutnya meskipun keputusan mengusir duta Korea Utara itu dikeluarkan oleh kementeriannya namun keputusan itu dibuat oleh Kabinet.

"Ia sebenarnya keputusan dibuat oleh Kabinet dan saya fikir kita sudah beri mesej yang jelas kepada kerajaan Korea Utara bahawa kita serius menyelesaikan masalah ini dan kita tidak mahu ia dimanipulasi.

Ahmad Zahid berkata pendirian yang diambil duta Korea Utara ke Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam ialah beliau (Kang Chol) cuba memanipulasi isu berkenaan.

"Kita lakukannya secara profesional dari segi penyiasatan saksi, termasuk beberapa bukti yang kita jumpa melalui DNA, forensik, CCTV berdefinisi tinggi, juga beberapa elemen perisikan yang kita jumpa," katanya.

Katanya sebagai masyarakat antarabangsa, semua negara harus bekerjasama menyelesaikan masalah itu dan bukannya memburukkan keadaan dengan memanipulasi sesuatu isu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan