Kerajaan Selangor Siasat Status Bankrap Ketua Yayasan - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 3:46 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah memulakan siasatan terhadap status kebankrapan ketua sebuah yayasan di bawah kerajaan negeri, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor berkata, setiausaha kerajaan negeri segera memulakan siasatan selepas timbul perkara berkenaan sebulan setengah yang lalu.

"Individu yang terlibat juga dipanggil untuk memberi penjelasan.

"Pejabat setiausaha kerajaan negeri kini membincangkan mengenai hasil siasatan sebelum memutuskan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di Stadium Melawati di sini, Ahad.

Azmin berkata, siasatan tersebut dibuat bukan disebabkan kenyataan dan bantahan oleh ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, baru-baru ini.

"Ia bukan kerana Jamal. Beliau hanya mengetahui perkara ini beberapa hari lalu tetapi kita sudah mendapat tahu lebih sebulan yang lalu.

"Kita tidak boleh mendedahkan hasil keputusan ini lagi kerana setiausaha kerajaan negeri masih melihat perkara itu," tambahnya.

Selasa lalu, Jamal mendakwa seorang individu yang berstatus bankrap telah dilantik sebagai ketua yayasan di bawah kerajaan Selangor.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan