Suasana Pilu Selubungi Upacara Pengebumian Dua Beranak

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Suasana suram menyelubungi upacara pengebumian Tan Li Gian, 21, dan anak lelakinya berusia tiga tahun, Eonithin yang mayat mereka ditemui terdampar di pantai Teluk Bahang pada Rabu lalu.

Suami Tan, K. Amarish, 21, mengetuai perarakan pengebumian itu di kediaman mereka di Medan Kemuning dekat Jalan Raja Uda di sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Ahli keluarga jauh dan mahupun dekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mereka sebelum mayat tersebut dihantar untuk dibakar di Tanah Perkuburan Cina Berapit, Bukit Mertajam.

Mayat Tan yang sedang mengandung anak kedua dan anak lelakinya ditemui orang ramai yang mengunjungi pantai tersebut kira-kira pukul 6.30 petang, 1 Mac lalu.

Kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan berikat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang unsur jenayah.

Tags / Kata Kunci: dua beranak , maut , Pantai Teluk Bahang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan