Menteri Terlibat Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 4:47 PM

Gambar kemalangan yang dipercayai melibatkan Datuk Joseph Entulu Belaun tersebar di media sosial. Foto Facebook

(Ubah saiz teks)

MIRI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melawat saudaranya yang meninggal dunia, di KM88 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu.

Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.  

"Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran," katanya ketika dihubungi petang Ahad.

Entulu berkata, sewaktu kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan renyai-renyai.

"Saya mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari kenderaan tersebut," katanya. 

Beliau berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian, kemudian membantu membawanya serta isteri ke Klinik Kesihatan Tatau. 

"Tiada kecederaan serius, cuma sakit badan manakala isteri agak trauma akibat kemalangan tersebut," katanya sambil menjelaskan kenderaan miliknya itu remuk di bahagian hadapan serta tepi.

Beliau yang kini sudah berada di Kuala Lumpur menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan.

Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Entulu menjadi tular dalam media sosial pada Ahad menyebabkan timbul spekulasi mendakwanya terlibat dalam kemalangan serius. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan