Awas, Kejara Dikuatkuasakan 1 April

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 7:00 AM

Ab Aziz Kaprawi memakaikan topi keledar kepada Nurariana Nadia Zukkurnain, 8, dan Puteri Suzil Yana Sofiah Sufian, 8, (dua, kanan) dan Zainab Raja Tahir, 56,(kanan) ketika melawat gerai pameran pada Majlis Perasmian Fiesta Rakyat Sri Gading Sempena Program Jalinan Mesra Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) 2017 di Dataran Kompleks Niaga Parit Raja, Batu Pahat, Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan Kejara itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

"Kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.

"Tahun lepas sahaja, angka kemalangan terutamanya kemalangan maut yang kita harapkan menurun, meningkat sehingga 10 peratus," kata beliau kepada pemberita di sini Sabtu.

Terdahulu, beliau merasmikan Fiesta Rakyat Sri Gading sempena Program Jalinan Mesra Kementerian Pengangkutan 2017 di Dataran Kompleks Niaga Parit Raja, dekat sini.

Dengan pelaksanaan gabungan dua sistem berkenaan, Ab Aziz berkata ia sekali gus menunjukkan kerajaan sangat serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.

Pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit serta diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman dan sekiranya masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung.

Selain itu, apabila dua sistem itu diselaraskan, pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.

Pelaksanaan kedua-dua sistem itu juga akan turut memberi tumpuan terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Awas , Kejara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan