Siasatan SPRM Bukan Bertujuan Politik - Shahrir

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan skandal rasuah dan penyelewangan hartanah di Johor, bukanlah bertujuan politik.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia sebaliknya membawa mesej jelas bahawa segala tindak-tanduk rakyat termasuk kakitangan kerajaan selama ini sebenarnya 'berada dalam pemerhatian.' 

"Ini merupakan mesej. Jangan fikir SPRM tidak memerhati, rakyat biasa tidak memerhati dan pegawai-pegawai dalam organisasi tidak memerhati.

"Jadi, jangan cuba-cuba hendak buat. Bila kena tangkap, tanggunglah sendiri," kata beliau sebagai mengulas siasatan kes itu di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu melancarkan Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru Sesi 2017 di Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Shahrir berkata beliau percaya isu itu akan diputarbelitkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya umum namun beliau yakin sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pada asasnya tidak terjejas.

"Saya tidak fikir terjejas (sokongan) kerana apa yang mustahak, tindakan itu bukan bertujuan politik. Sama seperti orang cakap mengenai Felda baru-baru ini yang mana bekas pengarah besar dan timbalan pengarah besarnya telah pun didakwa pecah amanah dan bersubahat. 

"Dalam kes ini, penyiasatan dan tindakan itu sebenarnya telah bermula dalam Felda sendiri kerana sebagai agensi yang sudah lama ditubuhkan, ia mempunyai urus tadbir.

"Kemudian, diadakan pula siasatan oleh pihak syarikat akauntan, syarikat perundangan yang dilantik dan hasil penyiasatan dalaman itu dibentang kepada Ketua Audit Negara sebelum SPRM membuat tindakan susulan," katanya.

Pada 24 Februari lepas, enam individu termasuk anak dan pegawai khas kepada pegawai kerajaan negeri ditahan oleh SPRM kerana skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

SPRM juga membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta dan merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM500,000 termasuk matawang asing serta dokumen untuk membantu siasatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Shahrir Abd Samad

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan