Permohonan Dalam Talian Ke Universiti Awam Dilanjutkan Hingga 5 April

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Permohonan dalam talian bagi kemasukan universiti awam untuk tahun 2017 akan dilanjutkan sehingga 5 April ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Beliau berkata tempoh permohonan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac itu dilanjutkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengumuman keputusan peperiksaan itu yang agak lewat.

"Ini tentu sekali akan memudahkan pelajar membuat keputusan yang tepat mengenai pilihan program pengajian," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 Zon Utara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini. 

Sebanyak 110 pempamer daripada 20 universiti awam, 47 universiti swasta dan43 agensi terlibat dalam karnival selama dua hari itu. 

Nik Ali berkata karnival itu sebagai satu daripada usaha berterusan dalam melahirkan bakat yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.  

Beliau berkata penganjuran karnival itu amat penting bagi membantu pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan diploma yang sedang dalam proses mendapatkan maklumat pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi dan mengisi permohonan kemasukan.

"Karnival ini juga adalah 'one-stop' untuk pelajar berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej serta para penaja," katanya.

Karnival kali ke-13 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu bertujuan mempromosi dan menyebarluaskan maklumat program pengajian sedia ada serta program baharu yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti, Bahagian Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta institusi lainbagi sesi akademik 2017/2018. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Permohonan Universiti Awam , 5 April

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan