Nazri Cabar Dr Mahathir, Muhyiddin Bertanding Di Padang Rengas

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 5:16 PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

PADANG RENGAS: Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Nazri, juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, membuat cabaran itu selepas dimaklumkan Dr Mahathir akan turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hujung bulan ini.

Katanya sekiranya Dr Mahathir enggan bertanding di Padang Rengas, cabaran tersebut dibuka kepada Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac ini dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac. "Saya nak ucapkan selamat datang dan saya alu-alukan mereka tetapi jangan hanya datang...mereka mesti bertanding di Padang Rengas, lagi elok kalau Mahathir bertanding tapi kalau tak boleh biar Muhyiddin lawan saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pemimpin bersama Ahli Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Padang Rengas di Dewan Pusat Khidmat Kampung Kubang Panjang di sini, Sabtu. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan