MH370 Bukan Lagi Isu Peribadi, Tetapi Global - Waris

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 6:36 PM

Sebahagian anggota keluarga mangsa tragedi MH370 melepaskan burung merpati sebagai tanda pembebasan kepada mangsa tragedi pada program Memperingati MH370, di Publika, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga tahun penerbangan MH370 masih berstatus misteri, suara dan pandangan waris mangsa berkaitan tragedi itu sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Kesedihan masih dirasai dan ketegasan bagi menuntut supaya carian diteruskan masih ada tetapi rata-rata mereka kini tidak lagi melihat ia sebagai isu peribadi atau dekat di hati keluarga mangsa semata-mata.

Sebaliknya, kebanyakan mereka lebih bersikap terbuka dengan melihatnya sebagai isu global yang perlu diberi perhatian, demi kebaikan sejagat.

Grace Nathan yang ibunya berada dalam pesawat Boeing 777 itu berkata, di kalangan waris mangsa kini wujud rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, selain mahu menuntut kerajaan meneruskan carian.

"Selepas tiga tahun, saya tidak lagi menganggap ini sebagai isu peribadi tetapi ia kini telah menjadi isu global yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

"Hampir setiap hari ada sahaja orang yang kita sayang akan menaiki kapal terbang sudah tentu kita mahu pastikan mereka selamat sampai ke destinasi, orang awam perlu diberi kesedaran dalam perkara ini" katanya kepada mStar Online, Sabtu.



Grace ditemui ketika menghadiri Majlis Memperingati MH370 bersama beberapa waris lain di pusat beli-belah Publika di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Menurut Grace, tidak banyak yang berubah dalam kehidupannya sejak tragedi itu berlaku pada 8 Mac 2014.

Bagaimanapun beliau tetap terus berharap agar carian diteruskan bagi mendapatkan kesimpulan tentang apa yang telah berlaku.

"Sukar untuk saya teruskan kehidupan, tak banyak yang berubah tetapi saya tetap mencuba. Yang pasti, sukar untuk saya nyatakan perasaan ini," katanya.

Grace berkata, selain menghadiri program pada hari ini, beliau juga telah ke Australia dan Afrika yang mungkin dapat memberi petunjuk lebih jelas berkaitan tragedi itu.

"Kami pergi bertemu penduduk di pesisir pantai dan meminta mereka membantu mencari serpihan, kerana jika lebih ramai yang mencari tentunya lebih tinggi peluang dapat petunjuk," katanya.

Sementara itu seorang lagi waris dari Australia, Daniva Weeks berkata, program ini diadakan bagi memastikan carian tidak dihentikan.

"Orang ramai perlu diberi kesedaran tentang pentingnya carian ini diteruskan.

"Kami akan terus mendesak kerajaan, jika ia tidak dilakukan siapa tahu mungkin perkara sama akan berulang," katanya yang  ke Malaysia bersama dua anak lelakinya.

Wanita yang kehilangan suaminya, Paul Weeks berkata, beliau terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selepas kejadian itu.


Tags / Kata Kunci: MH370 , Grace Nathan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan