Harga Siling Bahan Bakar Diumum Setiap Minggu Mulai April

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 4:47 PM

Hamzah Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

BATU KURAU: Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, ia merupakan pendekatan baharu supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri JohariAbdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini, Sabtu.

Katanya, terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan bagi memastikan tiada sesiapa ketinggalan daripada mengetahui harga siling semasa melalui pendekatan yang ditetapkan kerajaan itu.

Hamzah, yang juga anggota Parlimen Larut, berkata penetapan harga silingbahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengelak bahan api itu dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara.

"Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama adamahu menurunkan harga, atau bagaimana cara mereka nak (laksanakan) kempen (promosi) supaya orang datang (membeli) di stesen minyak mereka, termasuk menawarkan insentif," katanya.

Mengenai permintaan Persatuan Peniaga-Peniaga Petroleum Perak (PPDA) supaya kerajaan tidak melaksanakan mekanisme harga siling, Hamzah berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu pada Jumaat.

"Mereka menuntut beberapa penambahan dari segi margin (komisyen) yang selamaini diberi kepada mereka.

"Itu permintaan mereka, sama ada kerajaan bersetuju atau tidak kita akanmengambil kira segala yang mereka mohon daripada kerajaan," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Harga Siling , bahan api

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan