Rafidah Aziz Gembira Berjaya Selam Skuba Pada Usia 73 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:43 AM

-foto FB Rafidah Aziz Malaysian Citizen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usia tidak menjadi penghalang untuk seseorang mencapai kejayaan baharu dan bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz telah membuktikannya apabila beliau berjaya melakukan aktiviti selam skuba.

Rafidah, 73, yang dikenali sebagai 'Iron Lady', melahirkan kegembiraannya apabila berjaya mencapai impian yang selama ini dianggap tidak mampu dilakukannya.

"Terima kasih kepada pengajar saya yang sangat penyabar dan teliti, saya akhirnya melakukan selaman 'open water' pertama pada 7 Februari di Koh Adang di Laut Andaman, Thailand, turun pada kedalaman 15 kaki (4.5 meter) untuk menyelam selama 30 minit.

"Selaman kedua saya adalah pada hari berikutnya di Koh Lipe, Thailand, turun pada kedalaman 46 kaki (14 meter) dan selaman ketiga saya adalah di Koh Rok Nok," tulisnya di laman Facebook Rafidah Aziz Malaysian Citizen dua hari lalu.

Rafidah juga melakukan empat selaman lain di Kepulauan Similan, yang digambarkan mempunyai nama-nama lokasi yang indah seperti Honeymoon Bay, Anita's Reef, East Of Eden dan Koh Bon.


Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini juga berkongsi rasa ghairahnya melihat dunia bawah laut dan gembira dapat melihat sendiri keindahan dan keajaiban ekosistem marin.

"Saya melihat batu karang indah dan formasi lain serta pelbagai jenis ikan. Saya juga menyaksikan belut taman di Anita's Reef, ketika turun pada kedalaman 72 kaki (22 meter). Ia sangat menakjubkan!

"Saya paling gembira apabila dapat turun ke 90 kaki (27 meter) di Koh Bon, dengan harapan untuk melihat ikan pari manta (Manta Ray), tetapi ia tidak muncul," kata beliau.


Rafidah mengucapkan terima kasih kepada pengajar yang membuka 'pemandangan laut indah' kepadanya dan menganggap dirinya bertuah kerana berpeluang untuk melihat sebahagian kecil daripada dunia bawah laut.

"Pemandangan dunia dasar laut ciptaan Yang Maha Kuasa begitu indah.

"Saya amat gembira menjadi penyelam skuba berusia 73 tahun," kata beliau.
Tags / Kata Kunci: selam skuba , Tan Sri Rafidah Aziz

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan