Biar PPBM Jadi 'Perekat' Satukan Semua Parti Pembangkang - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:25 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berharap agar menjadi 'perekat' yang boleh menyatukan semua parti pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata masih ada harapan lagi untuk mereka bekerjasama walaupun PAS dan Parti Amanah Negara belum bertemu antara satu sama lain.

"Hari ini PAS menjemput kami untuk berkongsi pentas di Kelantan manakala Amanah juga menjemput kami untuk berkongsi pentas di Johor.

"Ini satu perkembangan yang baik. Ia juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS telah menutup pintunya untuk kami," kata Mukhriz.

Beliau berkata PPBM juga terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti.

"Kami telah mengesahkan perjanjian dengan Pakatan Harapan (untuk pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang) dan kami masih terbuka untuk berunding dengan PAS," katanya.

Mukhriz hadir dalam satu majlis di mana bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Krai, Abdul Rahman Muda menyerahkan borang permohonan keahlian daripada 200 ahli PAS dan juga Umno yang keluar parti untuk menyertai PPBM.

Mukhriz berkata PPBM kini dalam proses perekrutan bagi memastikan ia mempunyai jentera parti sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Untuk menggulingkan Umno/Barisan Nasional, kita perlu mempunyai jentera peringkat akar umbi yang kuat," katanya.

Mukhriz berkata PPBM masih mengekalkan hubungan baik dengan PAS walaupun beberapa pemimpinnya telah mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati.

"Kami tahu sesetengah orang menggunakan taktik kotor untuk menggagalkan hubungan PAS-PPBM.

"Namun mereka yang membuat bising itu bukan sebahagian daripada pasukan rundingan.

"Kami telah mengadakan tiga sesi rundingan dengan PAS. Dan kesemuanya berjalan dengan lancar," kata Mukhriz.



Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , PAS , PPBM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan