Pendakwah Tak Sangka Gambar Cium Raja Salman Tular

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 9:52 AM

Hussain menunjukkan gambarnya sedang mencium dahi Raja Salman yang tular di media sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki mencium dahi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah menjadi tular di media sosial.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah lelaki yang dibenarkan berada terlalu dekat dengan Raja Arab Saudi yang dikawal ketat itu.

Tetapi, empunya diri, Sheikh Hussain Yee yang juga seorang pendakwah Islam berkata beliau sendiri tidak menyedari bahawa gambar beliau sedang mencium dahi Raja Salman telah tersebar luas.


Beliau adalah antara sekumpulan aktivis agama dan mufti Malaysia dari beberapa negeri yang mengadakan pertemuan dengan Raja Salman semasa lawatan empat harinya ke Malaysia.

Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci bertemu dengan kumpulan itu pada satu majlis di Hotel St Regis, Kuala Lumpur, Selasa.

Hussain berkata beliau telah dijemput untuk pertemuan itu oleh pejabat kaunselor Islam Arab Saudi.

Beliau telah menunaikan umrah atas jemputan Raja Arab Saudi itu dua tahun lalu, tetapi ini adalah kali pertama beliau bertemu Raja Salman secara peribadi.

"Selepas pertemuan itu berakhir, semua tetamu termasuk saya dan mufti berbaris untuk berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

"Saya mencium dahinya sebagai tanda hormat dan kasih sayang kepada orang yang lebih tua, satu amalan biasa dalam budaya Islam," kata pendakwah itu.

Apabila ditanya sama ada beliau sempat berbual dengan Raja Salman, Hussain berkata, beliau hanya sempat memperkenalkan dirinya secara ringkas.

"Saya tidak pasti sama ada selepas itu baginda akan mengingati saya, baginda sudah tentu telah bertemu dengan begitu ramai orang," katanya sambil ketawa.

Hussain, adalah pengasas dan presiden Al-Khaadem, sebuah organisasi khusus untuk dakwah dan kerja sosial.

Beliau dilahirkan di Kedah dan memeluk agama Islam di Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah belajar di Madinah selama enam tahun.

Pendakwah yang berusia lingkungan 60-an itu berkata Raja Salman sangat menyokong dan menggalakkan kerja dakwah yang dilakukan beliau dan aktivis lain.

"Ia seperti rangsangan moral untuk kami terus bergerak ke hadapan. Raja Salman sentiasa mahu umat Islam menggalakkan keamanan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Raja Salman , cium dahi , Hussain Yee

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan