Jenazah Pelajar Lemas Di New Zealand Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:54 AM

Aziatul Farisha Azmi,19, ditenangkan bapa saudaranya Nor Hieshyam Abu Seman, 35, (tengah) kerana tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keranda jenazah abangnya, Abdul Azim Amzar Azmi, 21, tiba di Balai Polis KLIA dari Kompleks Kargo (KLIA) malam Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jenazah Abdul Azim Amzar Azmi, 21, pelajar Malaysia yang lemas di Tasik Karapiro, Waikato, New Zealand, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belukar, Hutan Kampung di sini kira-kira 10 pagi Jumaat.

Bapa mangsa Azmi Abu Saman, 49, berkata beliau bersyukur semua urusan pengebumian anak sulung daripada lima beradik itu berjalan lancar.


"Niat kami, terutama ibunya, Azura Bahari untuk menatap jenazah Allahyarham buat kali terakhir tercapai juga.

"Perjalanan dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) ke sini juga lancar dengan ditemani adik lelaki saya dan keluarganya yang menetap di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis pengebumian tersebut.

Jenazah Abdul Azim Amzar disolatkan oleh Imam Masjid Hutan Kampung, Prof Abdullah Ghani dan kira-kira 200 anggota keluarga serta kenalan Allahyarham menghadiri majlis pengebumian itu.

Azmi menjelaskan, jenazah anaknya itu sudah pun dimandi, dikapan dan disolatkan di sebuah masjid di Waikato, New Zealand sebelum diterbangkan pulang ke Malaysia.

Jenazah Abdul Azim Amzar selamat tiba dari Auckland dengan pesawat Malaysia Airlines MH130 yang mendarat di KLIA pada 8.54 malam tadi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada 10.30 malam dan tiba di Kampung Belukar di sini pada 5.30 pagi tadi.

Ketibaan jenazah disambut oleh kira-kira 50 anggota keluarga dan kenalan rapat yang menunggu sejak petang Rabu.

Adik Abdul Azim Amzar, Aziatul Farisha Azmi, yang ditemui di Masjid KLIA sebelum jenazah abangnya tiba pada malam Khamis berkata, ketika menghabiskan cuti selama tiga bulan di kampung bulan lepas abangnya lebih banyak mendiamkan diri dan lebih gemar makan bersendiran berbanding sebelum ini mereka sering makan bersama seisi keluarga.

Ditanya mengenai kata-kata terakhir Allahyarham, Aziatul Farisha berkata, Allahyarham tidak memberi sebarang pesanan sebelum pulang ke New Zealand pada 21 Februari lepas.

"Namun, awal pagi tadi saya bermimpi terdengar suara arwah abang mengucapkan terima kasih sebab semua doakan dirinya. Abang kata dia sudah bahagia di tempatnya dan minta saya jangan risau. Saya tidak nampak wajah abang dalam mimpi itu cuma terdengar suaranya sahaja," katanya sebak.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan