Kes Jong-nam: Pakar Kimia Korea Utara Diusir

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pakar kimia Korea Utara, Ri Jong-chol diusir balik ke negara asalnya pada Jumaat.

Lelaki berusia 47 tahun itu dihantar pulang selepas ditahan untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu di KLIA2 semasa menunggu penerbangan ke Macau.

Jong-chol dibawah terus ke landasan lapangan terbang pada pukul 3.40 petang diiringi anggota polis bersenjata melalui laluan kecemasan khusus untuk kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kereta Mercedes Benz dengan logo kedutaan Korea Utara juga dilihat menuju ke arah sama.

Dipercayai ahli keluarganya menaiki kereta mewah itu bersama pegawai kedutaan.

Jong-chol ditahan di pangsapurinya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu.

Pada Rabu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Jong-chol dibebaskan dari tahanan reman dan diusir ke negara asalnya kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwannya berhubung kes bunuh Jong-nam.

Tags / Kata Kunci: Ri Jong-chol , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan