MCA Bersifat Lebih Wakili Rakyat Dengan Pindaan Perlembagaan Parti - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA sedang mempertimbangkan semula untuk mengubah perlembagaan parti itu yang dianggap Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menjadikan parti tersebut lebih mewakili rakyat.

Pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa pusat termasuk menjadikan Ketua Pemuda dan Wanita MCA Bahagian sebagai perwakilan pusat secara automatik dan fasal tambahan untuk mengabadikan sekolah politik parti itu dalam perlembagaannya.

"Parti kita sedang melalui proses transformasi ketika ini. Kita mahu ia jadi lebih demokratik dan lebih ramai wakil. Masyarakat cina berharap untuk mempunyai MCA yang mewakili rakyat," kata Liow selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat di Wisma MCA dekat sini Jumaat.

Kira-kira 2,400 perwakilian pusat akan berpeluang untuk mengundi mengenai cadangan pindaan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada Sabtu.

Liow berkata MCA juga memohon untuk membolehkan semua naib presiden parti itu menjadi sebahagian daripada Majlis Presiden.

"Kita mahu kedua-dua pengerusi Pemuda dan Wanita MCA untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Presiden secara automatik. Ini akan menjadikan parti itu lebih teratur," katanya.

Liow berkata dengan pindaan itu, beliau berharap akan ada lebih ramai wakil di peringkat akar umbi di mana mereka akan menjadi suara masyarakat Cina.

"MCA amat demokratik. Kita mendengar suara akar umbi. Masyarakat ini mempunyai banyak idea yang bagus dan mereka boleh menyalurkannya kepada kami. MCA akan dapat melaksanakannya dengan mendengar suara dan permasalahan masyarakat," kata Liow.

Beliau berkata parti ini perlu kuat kerana kekuatan amat diperlukan untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Pindaan perlembagaan MCA kali terakhir dibuat semasa perhimpunan agungnya pada Disember 2016 apabila parti sebulat suara mengundi untuk melaksanakan peruntukan sistem pengundian baharu.


Tags / Kata Kunci: MCA , EGM , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan