PM Umum Landasan Lapangan Terbang Sandakan Akan Dipanjangkan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 6:00 PM

Najib melambai tangan kepada orang ramai ketika membuat tinjauan mesra di Harbour Square pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Perdana Menteri berkata pada masa ini pengurusan nilai sedang dilakukan untuk menentukan harga kontrak.

"Saya sudah minta Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) menentukan harga kontrak dan minta disegerakan.

"Saya bercadang melancarkan projek ini dalam lawatan ke Sandakan akan datang," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di Harbour Square Sandakan, di sini.

Najib berkata melalui projek ini, ia akan membolehkan penerbangan terus menggunakan pesawat lebih besar seperti Airbus 330 untuk mendarat.

Katanya penerbangan terus atau sewa dari negara China boleh mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.

"Kita tidak menyentuh bangunan terminal dan bagi segerakan projek ini maka kita beri tumpuan kepada kontrak memanjangkan landasan," katanya.

Perdana menteri percaya ini akan memberikan banyak impak kepada ekonomi di Sandakan.

Katanya ramai pelancong dan pelawat akan datang ke Sandakan yang membolehkan daerah ini akan lebih maju pada masa akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan