Umno Kaji Semula Kerjasama Dengan Parti Politik Korea Utara - Ku Nan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Umno akan mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan parti politik Korea Utara, Workers Party of North Korea (WPK), rentetan perkembangan hubungan dua hala ekoran kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara ini akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam masa terdekat untuk dibincangkan mengenai jalinan kerjasama itu.

"Kami akan kaji semula kerjasama itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan tambahan Surau dan Ihtifal Thanawi di Surau Al-Iman, Presint 9 di sini, Jumaat.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status memorandum persefahaman Umno dan WPK yang ditandangani pada Perhimpunan Agung Umno 2014 ekoran kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga meminta Kementerian Luar mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan kenyataan biadap dikeluarkan oleh Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.-- Bernama






Tags / Kata Kunci: Umno , Korea Utara , Tengku Adnan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan