Ri Jong-chol Dilarang Masuk Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Korea Utara, Ri Jong-chol, yang diusir balik ke tanahairnya selepas tempoh tahanan remannya tamat pada Jumaat akan disenarai hitamkan daripada memasuki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dilakukan kerana kerajaan tidak mahu ada sebarang elemen yang mahu menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk melakukan agenda tersembunyi mereka.

"Dia masuk ke negara ini dengan hasrat untuk kerja dengan sebuah syarikat tapi akhirnya polis siasat dia tidak bekerja dengan syarikat berkenaan tapi sebaliknya melakukan aktiviti yang kita tidak kehendaki.

"Dalam hal ini, apabila dia dihantar pulang ke negara asal bererti kita tak mahu apa yang dibawanya terus berada di negara kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Belia Felda Malasyia di sini, Jumaat

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengusiran Jong-chol, antara suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Menurut Ahmad Zahid lagi, Jong-chol diterbangkan ke Pyongyang melalui penerbangan transit di Beijing, China pada Jumaat.

Katanya, lelaki tersebut akan diiringi dua pegawai kedutaan Korea Utara untuk perjalanan pulang ke negara asalnya.

Jong-chol berada di Jabatan Imigresen sejak pukul 9.17 pagi Jumaat bagi urusan penghantaran pulang ke Korea Utara. 

Difahamkan, Jong-chol perlu melalui beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pengambilan cap jari dan mendapatkan Memo Periksa Keluar (COM) di Jabatan Imigresen, sebelum proses pengusiran.

Dia juga perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan tiket kapal terbang, selain pasport asal dan salinan muka depan pasport.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-song turut hadir di Jabatan Imigresen pagi Jumaat bagi urusan penghantaran pulang itu.

Jong-chol sebelum ini ditahan reman sejak 18 Februari lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam.



Tags / Kata Kunci: Jong-chol , Korea Utara , Zahid

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan