Lebih 100 Pelajar Malaysia Ditahan Di Mesir Kerana Tiada Visa

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis Mesir pada 27 Februari, berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Mohd Husaini Zainuddin berkata pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh. 

"Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat. 

Beliau berkata pada 28 Februari lepas, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan," katanya.

Seramai 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok, katanya.Mohd Husaini berkata urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam dua kumpulan, pada 4 dan 5 Mac. 

Mohd Husaini berkata pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.

"Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar-pelajar MTMA diberikan visa yang sah oleh pihak berkuasa Mesir," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mesir , A1 Sharqia

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan