Ri Jong-chol Diusir Balik Ke Korea Utara, Esok - Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suspek warga Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam akan diusir balik ke negaranya pada Jumaat.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan Ri Jong-chol yang ditahan pada 18 Februari lalu akan dibebaskan daripada tahanan polis selepas tempoh tahanan reman keduanya tamat dan akan dihantar pulang ke Korea Utara.

"Dia tidak akan didakwa di sini kerana tiada bukti kukuh terhadapnya," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Khamis.

Apandi berkata, Jong-chol yang ditahan di kondominium di Jalan Kuchai Lama akan dihantar pulang kerana tidak memiliki dokumen sah.

Suspek itu yang dikatakan pakar kimia sepatutnya bekerja di bahagian teknologi maklumat Tombo Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk makanan tambahan bagi pencegahan kanser di Cheras.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang sains dan perubatan dari universiti di Korea Utara pada 2000. Selepas 10 tahun dia bekerja sebagai di pusat penyelidikan di Kolkata, India sehingga 2011.

Jong-chol berkawan dengan seorang daripada empat lagi lelaki warga Korea Utara yang dipercayai dalang pembunuhan Jong-nam.

Empat lelaki itu adalah Ri Ji-hyon, 33; Hong Song-hac, 34; O Jong-gil, 55 dan Ri Jae-nam yang masih diburu polis.

Keempat-empat lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari negara ini dan pulang ke Pyongyang sebaik Jong-nam dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Dua wanita yang menggunakan agen saraf VX untuk membunuh Jong-nam iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah didakwa membunuh di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Ri Jong-chol , Jong-nam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan