Orang Ramai Dipelawa Ke Pasar Percuma Di Seberang Takir, Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 6:46 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penduduk sekitar Kuala Terengganu dipelawa hadir ke pasar percuma yang diadakan di tapak Pasar Tani Kampung Baru Seberang Takir pada Sabtu ini.

Pasar percuma itu adalah inisiatif Persatuan Industri Asas Tani Negeri Terengganu (Piat) untuk membantu meringankan beban orang ramai berikutan kenaikan harga barang keperluan ketika ini.

Presiden Piat, Ahmad Azra Mohd Norawi berkata pasar percuma itu dibuka kepada orang ramai bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang yang menyediakan pelbagai jenis barangan terpakai seperti pakaian dan keperluan harian.

"Barangan tersebut antaranya adalah sumbangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, orang ramai dan syarikat beras terkemuka, Faiza.

Piat masih mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sumbangan barangan di pasar percuma itu nanti dan mereka yang berminat boleh menyerahkan barangan sumbangan masing-masing ke Dewan Sivik Kampung Baru Seberang Takir sehingga esok," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pasat Tani , Seberang Takir , Piat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan