Sultan Nazrin Isytihar MRSM Sultan Azlan Shah Nama Baharu MRSM Kuala Kangsar

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 12:16 PM

Nazrin dan Tuanku Zara teruja melihat pameran robot MRSM Kubang Pasu pada majlis perasmian MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, Khamis.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah sebagai nama baharu MRSM Kuala Kangsar pada perasmian MRSM itu di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Nama baharu MRSM ke-8 di Perak dan ke-50 di Malaysia itu adalah bersempena nama ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah iaitu Sultan Perak ke-34.

MRSM Sultan Azlan Shah yang dibangunkan di atas kawasan seluas 20 hektar di Liman Kati Mukim Kota Lama Kiri di sini, mula beroperasi pada 6 Julai 2015 di bawah pimpinan Pengetua Shahrome Daud.

Kini MRSM itu mempunyai 725 pelajar meliputi 347 pelajar lelaki dan 378 perempuan dengan 51 guru dan 29 staf sokongan.

Penubuhan MRSM itu disasar menjadi pemangkin bukan sahaja dari sudut limpahan ekonomi tetapi juga pencetus kecemerlangan pendidikan anak-anak tempatan dengan adanya usaha sama untuk melaksanakan pelbagai program.

Sejak penubuhan MRSM pertama di Seremban, Negeri Sembilan pada 1972, kini terdapat 52 institusi itu di seluruh negara untuk memperluaskan lagi penyertaan bangsa Melayu dalam bidang sains, teknologi, pengurusan dan kerjaya peringkat profesional sekali gus mendaulatkan golongan bumiputera dalam bidang keusahawanan melalui pendidikan.

Sehingga kini, MRSM telah melahirkan lebih 170,000 pelajar dan ramai yang menjadi tokoh penting negara sama ada dalam kerajaan, korporat mahupun sebagai pemimpin politik serta usahawan dan golongan profesional.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: MRSM , Sultan Nazrin , Kuala Kangsar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan