Megat Zaharuddin Beri Ruang Kepada Pengerusi Wanita Pertama Di Maybank

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 2:52 PM

Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Khamis mengumumkan Pengerusinya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor akan melepaskan jawatan itu pada 31 Mac 2017.

Beliau dilantik sebagai pengarah dan pengerusi Maybank pada 1 Oktober 2009.

Pada 1 April, 2017, Datuk Mohaiyani Shamsudin akan menjadi pengerusi wanita pertama yang mengetuai lembaga pengarah utama Maybank, syarikat senaraian awam terbesar di Malaysia.

"Saya meninggalkan Kumpulan ini dalam keadaan gembira kerana ia kini memiliki keupayaan yang kukuh bagi meneruskan visi, dan saya mengucapkan terima kasih kepada ahli Lembaga Pengarah serta pegawai di peringkat pengurusan dan kakitangan atas sokongan padu dan komitmen mereka dalam mengukuhkan jenama dan reputasi Maybank, dan mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat senaraian awam utama Malaysia.

"Saya menghargai memori ini, dan sangat yakin Maybank akan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang menerusi kerja berpasukan dan dedikasi semua dalam pelbagai geografi di seluruh dunia," kata Megat Zaharuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam penghormatan kepada beliau, Presiden Kumpulan  and  Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata lembaga pengarah dan pengurusan berterima kasih kepada Tan Sri Megat Zaharuddin atas kepimpinan beliau yang kukuh di Maybank, terutama sejak lepas tujuh setengah tahun yang lepas.

Beliau seorang pemimpin yang berwawasan, yang sentiasa mencabar kami untuk terus meningkat, dan berjaya mengemudi Kumpulan dalam mengharungi antara situasi ekonomi dunia yang paling mencabar.

Abdul Farid berkata pelantikan Mohaiyani sebagai Pengerusi baik untuk Maybank, dan akan memastikan kesinambungan di peringkat lembaga pengarah, memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai pengarah Maybank sejak lebih lima tahun.

"Datuk Mohaiyani telah mempunyai kerjaya yang hebat dan berpengalaman luas, bukan sahaja dalam industri perkhidmatan kewangan, malah dalam perkhidmatan awam. Sebagai ahli lembaga pengarah sedia ada, beliau sudah mempunyai pengetahuan mendalam mengenai semua aspek dalam kumpulan, dan kami yakin beliau akan dapat menerajui Maybank dengan berkesan apabila menduduki jawatan baharu itu," katanya.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Maybank pada 22 Ogos 2011.

Mohaiyani juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Kajian Kredit serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

Beliau berkhidmat dengan Amanah Chase Merchant Bank Bhd dan Seagrott  and  Campbell Sdn Bhd sebelum memulakan syarikat broker saham sendiri Mohaiyani Securities Sdn Bhd pada 1985 dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Sepanjang penglibatan aktif dalam industri pembrokeran saham, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Bhd) dan Pengerusi Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia.

Beliau juga dilantik sebagai ahli oleh beberapa kumpulan kerja peringkat  tinggi seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Majlis Perundingan Ekonomi II (MAPENII) dan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC).

Mohaiyani kini merupakan pengarah syarikat-syarikat dalam Kumpulan Maybank termasuk Pengerusi Maybank Investment Bank Bhd dan Maybank Kim Eng Holdings Ltd. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan