Sah, Harga Baharu Gula Pasir Naik 11 Sen - Berita Semasa | mStar

Sah, Harga Baharu Gula Pasir Naik 11 Sen

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam satu kenyataan di sini, kementerian itu berkata harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain," kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg.

Kementerian itu berkata kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Oktober 2013.--Bernama



Tags / Kata Kunci: gula , KPDNKK
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan