Kedutaan Korea Utara Belum Beri Kerjasama - KPN

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 4:33 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihak kedutaan Korea Utara belum memberikan sebarang kerjasama yang diminta PDRM bagi membantu siasatan kes itu.

"Mereka belum beri apa-apa kerjasama... kita akan maklum nanti apa tindakan polis seterusnya sekiranya mereka masih tidak memberikan kerjasama," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.


Pada 22 Februari lepas, Khalid berkata polis akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa Korea Utara untuk menyerahkan empat suspek warga Korea Utara yang melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian dan kembali ke negara asal bagi proses siasatan.


Khalid berkata pihak berkuasa negara itu perlu memberi kerjasama dan membenarkan polis menjalankan soal siasat terhadap kesemua suspek supaya siasatan kes itu dapat dilengkapkan.

Empat suspek Korea Utara yang dikatakan telah kembali ke Pyongyang ialah Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.

Turut diburu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia yang dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44, pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan suspek ketiga iaitu Ri Ji-U, 30, atau dikenali sebagai James.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan Korea Utara menghantar delegasi seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai hal berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam semalam, Khalid berkata mereka tidak mempunyai keperluan untuk berjumpa dengan pihak polis sebaliknya berurusan dengan Wisma Putra.

Semalam, bekas Duta Besar Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il, tiba di Kedutaan Korea Utara di sini dan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi jurucakap rasmi negara itu.

Tong Il berkata tugasnya tertumpu kepada tiga perkara termasuk meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dilapor menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan