'Bakal Jenazah' Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mempamerkan nombor pendaftaran 'bakal jenazah' pada motosikal mengundang padah apabila seorang penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun ditahan dalam operasi pada kira-kira pukul 2.50 petang Isnin.

Plat pendaftaran motosikal itu tidak memaparkan huruf diikuti nombor seperti kebiasaan, sebaliknya tertera perkataan 'bakal jenazah'.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, selain memeriksa plat kenderaan yang diubah suai secara haram, mereka juga menyiasat sama ada ia adalah motosikal curi.

Sebanyak 20 kenderaan diperiksa dalam operasi terhadap pelbagai kesalahan jalan raya dan kecurian kenderaan, yang dijalankan dekat kompleks Karamunsing di sini. 

Tags / Kata Kunci: bakal jenazah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan