Malaysia Tidak Campur Tangan Kes Mahkamah Singapura

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia mempunyai dasar luar yang tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain termasuk kes mahkamah membabitkan seorang rakyat Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk K. Ilango menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.

"Kami sedar ada usaha untuk mengenakan tekanan bagi membawa sebuah kes mahkamah melibatkan rakyat Malaysia di sini ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Sebelum ini, tiga badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa Singapura menangguhkan hukuman mati terhadap S. Prabagaran, 29, kerana didakwa tidak diberikan perbicaraan adil.

Justeru, Prabagaran memfaikan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Januari lepas supaya mengarahkan Menteri Luar dan kerajaan Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Prabagaran dan ibunya, V. Eswary selaku pihak pemohon menamakan Menteri Luar dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua selain memohon perintah mandamus turut memohon perisytiharan iaitu pihak responden diwajibkan untuk memelihara dan menguatkuasakan hak pemohon pertama untuk dibicarakan secara adil.

Pada 22 Julai 2014, Prabagaran, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 22.24 gram diamorphine dan dia dihukum mati pada 22 September tahun sama selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Dadah tersebut ditemui oleh Biro Narkotik Pusat Singapura dalam keretanya di pusat pemeriksaan imigresen.

Ditanya bilangan banduan Malaysia yang menunggu hukuman mati di Singapura, Ilango enggan mendedahkan jumlah tersebut.

Kes terbaru, Mahkamah Agung Singapura semalam menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas pekerja buruh dari Sarawak, Michael Garing, kerana menyebabkan kematian seorang warga India, D. Shanmuganathan, 41, dalam siri jenayah kejam di Kallang di sini pada 2010.

Michael merupakan antara empat lelaki rakyat Sarawak yang didapati terbabit melakukan empat samun jenayah.

Suspek keempat, Donny Meluda, yang ditangkap di Malaysia bulan lepas, telah dihadapkan ke mahkamah di sini atas tuduhan membunuh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati.
Tags / Kata Kunci: K. Ilango , Singapura , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan