Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan  usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan  peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus pada 2015, hasil kecekapan pegawai serta kualiti borang yang dikembalikan oleh syarikat terbabit.

"Kami mengambil langkah untuk memastikan bayaran balik itu dapat dilakukan dalam tempoh 14 hari," katanya kepada pemberita bersempena program Persidangan GST Kebangsaan 2017 selama dua hari, di sini Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz, menyampaikan ucaptama pada persidangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khazali berkata bagi mencapai sasaran itu, Jabatan Kastam akan melaksanakan strategi mesra pelanggan iaitu 'makluman pematuhan' berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman sebelum ini yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan usaha meningkatkan aspek pematuhan.

Menurutnya, strategi itu yang merupakan sebahagian daripada operasi Strategi Lautan Biru Kastam (OPS CBOS), dilaksanakan menerusi kunjungan secara bersemuka ke premis perniagaan terbabit untuk memberi nasihat dan perkara berkaitan GST.

Malah, perniagaan itu turut diberi tempoh 30 hari untuk memperbetulkan kesilapan berbanding 14 hari sebelum ini.

Khazali berkata sebaik selesainya Fasa 1 OPS CBOS itu, Jabatan Kastam dapat mengesan cukai tidak diisytiharkan berjumlah RM800 juta dan berjaya memperolehi lebih RM500 juta.

Fasa 1 OPS CBOS telah dilancarkan bagi tempoh antara 1 September dan 31 Disember 2016 yang membabitkan kira-kira 50,000 syarikat selain pilihan secara rambang bagi memastikan mereka yang mendaftar bagi GST itu memahami sepenuhnya undang-undang serta peraturan cukai berkenaan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Othman berkata Jabatan Kastam akan terus mengadakan program kesedaran dan pendidikan GST, tahun ini.

Pada 2016, jabatan itu melaksanakan sejumlah 6,547 program merangkumi 1,231 untuk pihak industri; 775 bagi agensi kerajaan dan 4,541 untuk orang awam.

"Usaha ini beserta insiatif lain seperti program bimbingan, penerbitan garis panduan serta mewujudkan pusat maklumat adalah antara langkah diambil jabatan ini untuk mendidik dan menerapkan budaya pematuhan tinggi dalam kalangan pembayar cukai serta orang ramai secara amnya," katanya.

Pada masa ini, sejumlah 435,000 syarikat mendaftar untuk GST berbanding 430,000 pada Disember tahun lepas, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: GST , ITC , Kastam

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan