Bukit Aman Sedia Kongsi Bukti Agen Saraf VX Dengan PBB

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman tiada masalah untuk berkongsi bukti mengenai agen saraf VX yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis lebih daripada bersedia untuk berbuat demikian jika Wisma Putra membenarkannya.

"Kami bersedia untuk berkongsi dengan PBB jika Wisma Putra memberikan lampu hijau.

"Siasatan kami dalam kes ini dilakukan secara telus dan menyeluruh sehingga tidak ada alasan bagi kita untuk tidak berkongsi maklumat mengenai agen saraf VX," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Britain pada Isnin menggesa Malaysia untuk berkongsi bukti serangan agen saraf VX yang membunuh Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan PBB yang boleh mengambil tindakan ke atas Korea Utara.

Duta Britain, Matthew Rycroft berkata, maklumat mengenai serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu yang menyebabkan Kim Jong-nam terbunuh seharusnya dihantar kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague.

"Jika mereka ada bukti, mereka patut menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan," kata Rycroff kepada pemberita.

"Sebaik sahaja mereka melakukannya, baharulah kita boleh ambil tindakan."

Rycroft berkata, beliau berharap mana-mana negara "dalam kes ini Malaysia, yang mempunyai bukti kukuh mengenai sesuatu yang serius seumpama denganya perlu dikemukakan secepat mungkin".

Duta Jepun, Koro Bessho berkata, terpulang kepada Malaysia sama ada mahu menyerahkan maklumat tersebut.

"Pada dasarnya kita menunggu Malaysia untuk mengemukakan keputusan yang jelas," tambahnya.

Malaysia menandatangani Konvensyen Senjata Kimia, yang mahu menghapuskan penggunaan agen toksik.

Tags / Kata Kunci: agen saraf VX , Kim Jong-nam , Bukit Aman , PBB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan