Britain Gesa Malaysia Kongsi Bukti Serangan VX

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 10:04 AM

Kim Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

BANGSA-BANGSA BERSATU: Britain pada Isnin menggesa Malaysia berkongsi bukti serangan agen saraf VX yang membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang boleh mengambil tindakan ke atas Korea Utara.

Duta Britain, Matthew Rycroft berkata, maklumat mengenai serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu yang menyebabkan Kim Jong-nam terbunuh seharusnya dihantar kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague.

"Jika mereka ada bukti, mereka patut menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan," kata Rycroff kepada pemberita.

"Sebaik sahaja mereka melakukannya, baharulah kita boleh ambil tindakan."

Rycroft berkata, beliau berharap mana-mana negara "dalam kes ini Malaysia, yang mempunyai bukti kukuh mengenai sesuatu yang serius seumpama denganya perlu dikemukakan secepat mungkin".

Duta Jepun, Koro Bessho berkata, terpulang kepada Malaysia sama ada mahu menyerahkan maklumat tersebut.

"Pada dasarnya kita menunggu Malaysia untuk mengemukakan keputusan yang jelas," tambahnya.

Malaysia menandatangani Konvensyen Senjata Kimia, yang mahu menghapuskan penggunaan agen toksik.

Jumaat lalu, OPCW dalam kenyataannnya berkata: "Pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti bahawa ‘VX Nerve Agent’ digunakan dalam pembunuhan di lapangan terbang pada 13 Februari.

"Mana-mana penggunaan senjata kimia amatlah membimbangkan," katanya sambil menambah bahawa OPCW turut bersedia untuk menawarkan kepakaran dan bantuan teknikal kepada Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ahad lalu berkata, dos senjata kimia yang dikenakan ke atas Jong-nam sangat tinggi, yang memberi kesan kepada jantung dan paru-paru.

"Jong-nam meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang menggunakan agen saraf VX," katanya kepada pemberita.

Korea Utara yang tidak menandatangani CWC sudah dikenakan enam sekatan oleh PBB kerana menjalankan ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik. - AFP

Tags / Kata Kunci: Matthew Rycroft , Kim Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan