Raja Salman Dikurniakan Darjah Tertinggi Negara - Berita Semasa | mStar

Raja Salman Dikurniakan Darjah Tertinggi Negara

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 8:42 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan Anugerah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Majlis Mengadap dan Santapan Negara di Istana Negara malam Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Ahad berkenan mengurniakan darjah tertinggi negara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Negara di sini.

Raja Salman dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)  pada istiadat khas sebelum majlis jamuan negara sempena meraikan baginda.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Raja Salman selaku Penjaga Dua Masjid Suci tiba untuk melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia bermula hari ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong.

Raja Arab Saudi itu sebelumnya diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini apabila tiba untuk memulakan lawatan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan