Polis Nafi Jalan Ditutup Sambut Ketibaan Jong-un

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 8:55 PM

Kim Jong-un.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menafikan nota suara yang menjadi tular di aplikasi WhatsApp, mendakwa beberapa jalan utama dan lebuh raya di Lembah Klang ditutup bagi menyambut ketibaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Nota suara itu mendakwa berlaku kesesakan lalu lintas teruk di susur keluar Bukit Jalil berikutan penutupan jalan di plaza tol Sungai Besi menuju Kuala Lumpur.

Ia turut mendakwa jalan dari Seri Kembangan ke Kuchai Lama di Lebuhraya Maju (MEX) telah ditutup menyebabkan kesesakan luar biasa di Seri Kembangan dan Seri Serdang.

Jong-un kononnya didakwa sedang dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi pada Isnin, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain mengesahkan maklumat dalam nota suara itu sebagai palsu dan menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak betul.

"Ia tidak betul. Tolong jangan percaya dan jangan sebar maklumat palsu," katanya.

Kim Jong-nam, abang tiri kepada Jong-un maut selepas disembur cecair beracun oleh dua wanita ketika berada di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Semasa kejadian dia sedang menunggu penerbangan ke Macau.

Namun sehingga hari ini, tiada ahli keluarga atau waris Jong-nam tampil menuntut mayatnya.



iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan