Tempoh Pemutihan Pekerja Mac 2017 Elak Majikan Kena Tindakan

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkeso akan melancarkan Ops Kesan kali ke sembilan pada 1 April 2017 bagi memastikan semua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja mendaftar  sewajarnya mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Pekerja 1969 (AKSP).

Sebelum operasi ini dilaksanakan majikan akan diberi peluang mendaftar pekerja mereka secara sukarela mulai 1  hingga 31 Mac 2017.

Sehingga 31 Disember 2016 statistik rasmi menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 530,466 majikan aktif telah mendaftar dengan seramai 6.5 juta pekerja sedang mendapat perlindungan Perkeso. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Dr Mohamed Azman Aziz Mohammed berkata, bagaimanapun pihaknya percaya masih ada majikan yang aktif menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja masih belum mendaftar untuk melindungi pekerja mereka.

Katanya, mulai 1 Jun 2016 melalui peruntukan Seksyen 5(1) AKSP (Pindaan 2016), semua majikan yang menggaji seorang pekerja atau lebih wajib mendaftar dengan Perkeso bagi memberi perlindungan insurans tanpa mengira had gaji yang dibayar kepada pekerja tersebut. 

"Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan pengkompaunan dan pendakwaan yang mana jumlah kompaun yang boleh dikenakan adalah di antara RM500 hingga RM4,000 mengikut tempoh kesalahan dilakukan. 

"Manakala sekiranya di dakwa di mahkamah dan sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Selain itu, katanya, majikan juga akan dikenakan faedah sebanyak enam peratus setahun di atas setiap bulan caruman yang lewat di bayar ekoran kelewatan mendaftar dengan Perkeso.

Sehubungan itu, kata Dr Azman, mana-mana majikan yang mengambil peluang mendaftar dalam tempoh pemutihan ini, akan dikecualikan daripada tindakan pengkompaunan dan pendakwaan walaupun telah melewati tempoh 30 hari yang ditetapkan.

"Pengecualian ini juga termasuklah ke atas faedah caruman lewat bayar yang bakal dikenakan kemudiannya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu semua majikan yang layak tetapi masih belum mendaftar tampil secara suka rela untuk berbuat demikian di mana-mana 51 pejabat Perkeso di seluruh negara. 

Bagaimanapun, katanya, sekiranya masih gagal berbuat demikian, tiada lagi pengecualian akan dipertimbangkan.

Semenjak 2009 hingga 31 Disember 2016 sebanyak 29,348 kompaun dengan nilai RM18,755,650.00 telah dikeluarkan kepada majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja manakala sebanyak 11,318 kes telah didakwa atas pelbagai kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Perkeso , Dr Azman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan