Residensi Kerinchi: Nurul Izzah Lebih Utamakan Politik Banding Rakyat - Najib

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 11:54 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) meninjau dari anjung sebuah rumah pada majlis perasmian Rumah Residensi Kerinchi, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana lebih mengutamakan politik berbanding kepentingan rakyat berhubung projek Residensi Kerinchi di sini.

Beliau sering mengingatkan pemimpin Barisan Nasional bahawa rakyat perlu diutamakan dan projek berkenaan benar-benar memenuhi kehendak dan kepentingan rakyat.

"Saya cukup musykil dengan ahli parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah) yang cuba gagalkan projek ini dan bawa ke mahkamah sebab dia utamakan politik, tetapi akhirnya gagal.

"Yang jadi mangsa adalah 35 orang yang terikut dengan hasutan dan mereka sekarang menyesal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dilaporkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menjejaskan usaha pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi sehingga projek itu tertangguh dua tahun.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan semua pihak khususnya rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan daripada pihak tertentu.

"Kita kena nilai sama ada ia baik atau buruk, memberi manfaat kepada kita atau tidak. 

"Ini bukan soal politik tetapi kepentingan dan kebajikan rakyat," katanya.

Seramai 408 penduduk rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi mendapat satu unit pangsapuri baharu berkeluasan 900 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Pembinaan semula ini dibuat di atas tanah berkeluasan 6.82 ekar yang bermula pada Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober tahun lalu.



Tags / Kata Kunci: Residensi Kerinchi , Najib , Nurul Izzah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan