Ahmad, Muhammad Titip Pesanan Buat Raja Salman

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 2:53 PM

Ahmad dan Muhammad bersama sebahagian delegasi Arab Saudi yang berkunjung ke MSU pada tengah hari, Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hasrat untuk bertentang mata dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud belum pasti dapat direalisasikan, namun pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad Rosli cukup bertuah kerana terpilih menyambut kunjungan delegasi Arab Saudi ke Management & Science University (MSU) di sini, Isnin.

Ahmad dan Muhammad ketika dihubungi mStar Online berkata, mereka gembira dan tidak menjangka diberi peluang sedemikian.

"Kami gembira dan pada masa sama terkejut kerana dimaklumkan oleh pensyarah supaya bersedia untuk menerima kunjungan delegasi Arab Saudi ke universiti hari ini," katanya.

Menurut Ahmad, mereka juga terharu di atas kunjungan tersebut yang jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Arab Saudi terhadap dua beradik itu.

"Kami berdua agak gementar pada mulanya tapi seronok kerana dapat berbual dengan mereka walaupun sekejap," katanya.

Difahamkan MSU menerima kunjungan lapan delegasi Arab Saudi pada tengah hari Isnin untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi antara kedua-dua negara.

Kedua-dua remaja istimewa itu turut berkesempatan beramah mesra dan mengabadikan gambar bersama dengan lapan delegasi tersebut.

Ketika ditanya oleh delegasi Arab Saudi itu mengenai pesanan kepada Raja Salman, Ahmad berkata, mereka mahu bertemu dengan Raja Arab Saudi tersebut selain teruja dengan kehadiran beliau ke Malaysia.

"Kami minta sampaikan pesanan yang kami mahu bertemu dengan beliau. Mereka (delegasi) kata akan cuba sampaikan pesanan tersebut tapi tidak boleh beri jaminan hasrat itu dapat direalisasikan," katanya.

Ahmad berkata, mereka mahu bertemu dengan Raja Salman kerana ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan Arab Saudi yang berjaya memisahkan mereka 15 tahun lalu.

"Kami pernah berjumpa dengan Raja Abdullah sebelum ini namun jika diberi peluang bertemu Raja Salman, kami mahu ucap terima kasih sekali lagi.

"Tanpa mereka kami tak akan dapat menjalani kehidupan seperti remaja lain. Kami amat berterima kasih, hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka," katanya.

Ahmad dan Muhammad yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu apabila berjaya dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada September 2002.

Mereka yang dilahirkan pada April 1998 berkongsi badan, hati dan dubur serta mempunyai tiga kaki dan dua pasangan tangan.

Namun, pasangan kembar siam itu bertuah kerana mendapat perhatian Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu, Putera Abdullah Abdul Aziz (abang Raja Salman) yang kemudian menanggung kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM1 juta.

Ahmad dan Muhammad yang kini berusia 19 tahun masing-masing sedang menuntut dalam jurusan Grafik dan Teknologi Maklumat di MSU, Shah Alam.

Tags / Kata Kunci: Ahmad , Muhammad Rosli , Raja Salman , Arab Saudi , MSU

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan