Raja Salman Tiba Untuk Lawatan Negara

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 11:49 AM

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia, pada Ahad membentangkan permaidani merah bagi menyambut ketibaan Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi untuk melakukan lawatan negara selama empat hari.

Ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga menteri pengiring.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Baginda akan diiringi delegasi 600 anggota dalam lawatan hingga 1 Mac itu, termasuk anggota kerabat diraja dan menteri Kabinet Arab Saudi.

Lebih 100 kenderaan disediakan bagi membawa anggota rombongan diraja itu.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 iaitu oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.

Dalam catatan melalui akaun Twitternya, Najib berkata beliau tidak sabar untuk menyambut ketibaan Raja Salman.

Perdana Menteri berkata kali terakhir beliau bertemu Raja Salman ialah pada Mac tahun lepas di Riyadh dan amat berterima kasih atas layanan yang diberi kepada beliau.

Upacara sambutan negara untuk Raja Salman akan diadakan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, diikuti upacara menghadap Sultan Muhammad V.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada taklimat media terbarunya mengenai lawatan itu menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi adalah kukuh.

"Wujud hubungan rapat secara peribadi antara Istana Saud dan Kerajaan Malaysia," katanya.

Arab Saudi adalah rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah, dengan dagangan antara kedua-dua negara menyaksikan peningkatan sebanyak 19.8 peratus tahun lepas dan kini berjumlah RM13.12 bilion.

Hampir 60 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah produk berkaitan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan kelapa sawit, jentera, kelengkapan dan alat ganti, makanan siap diproses serta produk elektrik dan elektronik.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan