Raja Salman Diberi Sambutan Negara Di Dataran Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 3:49 PM

Raja Salman memberi tabik hormat pada sambutan rasmi lawatan negara empat hari ke Malaysia di Dataran parlimen pada Ahad. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V turut berangkat menyambut ketibaan Raja Arab Saudi itu. Turut kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang tiba untuk memulakan lawatan negara empat hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, Ahad.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut ketibaan Raja Salman, yang melakukan lawatan sulungnya ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk, pada 11.50 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet.

Upacara sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. 

Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharum.

Terdahulu, Najib menyambut ketibaan Raja Salman, yang melakukan lawatan negara ke Malaysia atas jemputan Sultan Muhammad V, di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangs KL (KLIA) di Sepang.

Najib menyambut mesra Raja Salman, yang memakai jubah berwarna krim dan kaca mata hitam, dengan pelukan sejurus baginda turun daripada pesawat khas.

Turut menyambut baginda di KLIA ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga menteri pengiring.

Najib juga mengiringi Raja Salman menaiki kenderaan rasmi sepanjang perjalanan 45 minit ke Dataran Parlimen di ibu negara bagi upacara sambutan rasmi itu.

Pada upacara itu, menteri-menteri Kabinet dan para diplomatik asing diperkenalkan kepada Raja Salman. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Raja Salman

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan