PAS Kekal Tidak Kerjasama Dengan DAP, Amanah

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 9:51 AM

Datuk Ahmad Yakob

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: PAS kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata PAS tidak mempunyai masalah berada satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), walaupun tiada keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu setakat ini.

"Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan PBBM tetapi sekadar untuk berkongsi satu pentas ia tiada halangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ahmad juga berkata PAS akan terus memantau anggotanya agar tidak terpengaruh dengan Amanah, sebuah parti serpihan PAS.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program berbasikal itu sebagai antara kaedah bagi mengurangkan tekanan kerja selain memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terpelihara.


Tags / Kata Kunci: kerjasama PAS , Datuk Ahmad Yakob

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan