Dr Subra: Jong-nam Maut Dalam 20 Minit Selepas Diracun

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 7:34 PM

Kim Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kim Jong-nam maut dalam tempoh 20 minit selepas diracun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata, jumlah agen saraf VX yang diberikan kepada Jong-nam mungkin lebih daripada jumlah 10 miligram yang boleh membawa maut.

"Hanya 10mg diperlukan untuk meresap ke dalam sistem untuk membawa maut, jadi saya menganggap bahawa jumlah yang dikenakan ke atas dia adalah lebih daripada itu dan ia merupakan bahan kimia yang mudah diserap ke dalam kulit," kata Dr Subramaniam kepada pemberita pada Ahad.

Dr Subramaniam berkata, kakitangan perubatan yang merawat Jong-nam akan dipantau untuk tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.

Tambahnya, setakat ini tiada seorang pun daripada mereka telah menunjukkan sebarang tanda terkena kesan VX, senjata kimia yang diharamkan di negara ini.

"Kita perlu memantau mereka untuk satu tempoh kerana tanda-tanda boleh dikesan kemudian apabila terdedah kepada jumlah yang kecil," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah supaya pemeriksaan kesihatan ke atas kakitangan dilakukan sejak hari pertama mereka merawat Jong-nam.

"Kita akan melakukan pemeriksaan susulan untuk melihat sama ada terdapat tindak balas yang lambat," kata Dr Subramaniam.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan