Bekas Ahli Parlimen Tambun Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 3:52 PM

Yahaya Shafie. Foto Facebook Datuk Yahaya Shafie

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas anggota Parlimen Tambun Datuk Yahaya Shafie, 83, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Jalan Raja Dihilir di sini, Ahad.

Anak Allahyarham, Al Yashri, 28, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga pada kira-kira 1.27 tengah hari Ahad.

"Bapa dimasukkan ke hospital dua minggu lepas untuk rawatan kerana terjatuh di dalam rumah.

"Selepas jatuh arwah jadi makin teruk dan doktor maklumkan dia mengalami jangkitan paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama.

Al Yashri yang juga Anggota Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Perak berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Bendahara di sini selepas solat Asar.

Bekas pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman itu meninggalkan tiga isteri serta 11 orang anak.

Allahyarham menyandang jawatan anggota Parlimen Tambun dari 1986 hingga 1990 selain pernah menjawat jawatan Ketua Umno Bahagian Ipoh Timur dari 1981 hingga 2000 serta pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pada 80-an. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan