PDRM Sedia Keluar Waran Tangkap Ke Atas Diplomat Korea Utara

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam jika suspek enggan bekerjasama dengan polis secara sukarela.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, tempoh yang munasabah akan diberikan kepada diplomat tersebut untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan lanjut.

Pada Rabu, pihak berkuasa Malaysia berkata, Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, dikehendaki untuk membantu siasatan ke pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Abdul Samah berkata, jika individu yang dikehendaki itu tidak memberi kerjasama, pihaknya akan mengeluarkan notis mengikut undang-undang Malaysia bagi mendesak beliau berbuat demikian.

"Jika beliau gagal menyerah diri untuk membantu siasatan, kita akan mengambil langkah seterusnya dengan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah," kata beliau.

Seramai lapan rakyat Korea Utara diburu dalam kes tersebut termasuk Kwang Song.

Seorang daripada mereka telah ditahan manakala empat lagi telah melarikan diri ke Korea Utara dan dua lagi masih berada di Malaysia.

Jong-nam dibunuh pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) menggunakan racun saraf VX yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dua wanita iaitu rakyat Indonesia dan rakyat Vietnam, ditahan berhubung kes itu.

Menurut polis, seorang daripada suspek wanita itu dipercayai menerima kesan racun kimia itu selepas mengalami muntah-muntah. - REUTERS


Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan